Home Fakta Kesihatan Kolostrum untuk Bayi, Kanak-kanak, Remaja dan Anda
Kolostrum untuk Bayi, Kanak-kanak, Remaja dan Anda PDF Print E-mail

Sejak berabad lama, penggunaan kolostrum daripada haiwan telah diamalkan oleh orang dewasa dan kanak-kanak di dalam masyarakat di India secara tradisional. Di Sweden pula, ianya digelar 'calf-danse' - yang membawa makna sebagai pembekal nyawa anak lembu yang baru lahir !!

Ianya juga disajikan sebagai puding kepada kanak-kanak, mahupun dewasa yang uzur kerana golongan inilah selalunya mempunyai sistem imun yang paling lemah dan memerlukan faktor pertumbuhan. Sejak kebelakangan ini pelbagai penyelidikan klinikal telah mengesahkan nilainya kepada golongan dewasa dan kanak-kanak.

Bayi-bayi manusia memperolehi imuniti di dalam rahim sebelum dilahirkan dengan menerima faktor-faktor imun melalui plasenta (tali pusat). Penyusuan badan berikutnya membekalkan pemelharaan tambahan dan inilah sebabnya bayi-bayi yang diberi susu badan adalah lebih sihat berbanding mereka yang diberi susu botol. Lembu-lembu pula membekalkan KESEMUA faktor-faktor imun dan pertumbuhan di dalam kolostrum kepada anak-anak lembu kerana ia tidak menerimanya ketika di dalam rahim. Jadi, tidak hairanlah bahawa kolostrum lembu mengandungi sehingga 20 kali lebih faktor imun berbanding daripada kolostrum manusia.

Oleh kerana kolostrum adalah bukan spesifik kepada spesis tertentu, ia berupaya membekalkan khasiatnya kepada spesis mamalia yang lain, termasuk manusia.

Setiap kanak-kanak seharusnya perlu mengambil kolostum setiap hari kerana:

1. Mengawal penyakit. Ibubapa harus tahu bahawa kanak-kanak yang sedang membesar seringkali terdedah kepada penyakit di sekolah, tadika dan tempat-tempat permainan. Imunoglobulin kolostrum dan faktor-faktor imun membantu memperkuatkan sistem imun dan mencegah penyakit, membolehkan anak anda membesar dengan sihat dan cergas. Ibubapa juga tahu bahawa tiada yang lebih teruk daripada anak yang tidak sihat kerana apabila mereka derita, anda juga turut menderita sama.

2. Tumbesaran yang lebih pantas. Kolostrum mengandungi faktor pertumbuhan yang membantu tumbesaran anak-anak anda dan seterusnya berkembang menjadi seorang dewasa yang sihat.

3. Tiada sebarang kesan-kesan mudarat, sebaliknya hanya faedah yang positif sahaja.

Alam Remaja

Kebanyakan ibu-bapa anak-anak remaja menyatakan bahawa fakta-fakta pertumbuhan dan hormon-hormon pertumbuhan mempunyai kesan penstabilan ke atas anak-anak mereka. Alam remaja adalah waktu yang sukar kerana banyak perubahan berlaku pada tubuh badan dengan begitu pantas. Bukti-bukti bertulis menunjukkan kolostrum telah membantu kesemua keadaan daripada masalah jerawat hingga ke gangguan emosi. Perlu diperhatikan bahawa kolostrum mengandungi peptide yang melegakan, dan diambil sebagai rawatan kegelisahan di sesetengah negara.

 

Fakta Kesihatan

Perhatikan 25 petanda ini pada anda    Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :- � More...

Rahsia Solat dari sudut Sains dan Kesihatan Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.                 Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat: � More...

AWAS ! Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik NASI LEMAK secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi orang Melayu.Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan.                            Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya… � More...

Apakah itu Kolostrum ? Kolostrum dan Kebaikannya ?Kolostrum adalah makanan pertama anugerah Allah kepada setiap anak mamalia apabila ianya dilahirkan ke dunia. Ianya merupakan cairan yang amat kaya dengan nutrien sebaik sahaja ibu mamalia melahirkan anaknya dan sebelum ibunya menghasilkan susu yang normal.                                   � More...

--= NFSP =--

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol Susu Alphalipid memang terbukti dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah seseorang. Selain dari susu Alphalipid, terdapat makanan lain yang juga bersumberkan semulajadi mempunyai kelebihan yang sama. Berikut adalah 10 jenis makanan yang mempunyai ciri-ciri tersebut : � More...

Memeranjatkan, ianya terbukti memang amat berkesan untuk penyakit: