|

لسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه Laman Web ini khusus dihasilkan setelah saya semakin pulih sepenuhnya dari penyakit 'Seizure -Tonic Clonic' dan Anxiety Syndrom yang berpunca dari tekanan darah tinggi yang saya hidapi pada 2005. Seizure telah menyebabkan saya kehilangan pendapatan selama setahun (2006). Sebelum diperkenalkan susu Alpha Lipid Lifeline ini, saya diharuskan untuk mengambil 'Sodium Valproate Acid' dan 'Xanax' dari hospital pakar swasta terkemuka di ibukota. Sememangnya saya sedar bahawa ianya memang mempunyai kesan sampingan pada buah pinggang pada jangkamasa panjang.
Masalah gastrik pula, setakat ini boleh dikatakan pulih 90 peratus dalam masa 3 minggu. Sila lihat testimoni saya. Memang mustahil dan sukar dipercayai....tapi itulah hakikatnya ! Alhamdulillah..
Saya akui secara ikhlas bahawa...:
Tujuan utama saya menghasilkan laman web ini adalah sekadar berkongsi pengalaman luarbiasa saya dalam menyembuhkan penyakit yang memang perit telah saya lalui. Didorong atas rasa syukur kerana sembuh dari dugaan penyakit ini, dengan hati yang tulus saya ingin berkongsi pengalaman dengan memperkenalkan produk luar biasa ini iaitu susu Alpha Lipid Lifeline bagi membantu saudara-mara, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan menerusi pengalaman yang telah saya lalui.
Tujuan terakhir penting pula hanyalah ingin membebaskan diri dari beban kewangan yang semakin meningkat lantaran kesan inflasi hasil kenaikan harga barang dan kenaikan kos bahanapi. Juga didorong atas rasa bimbang dengan gelombang kemelesetan ekonomi yang bakal melanda, maka saya harus berbuat sesuatu untuk memperkukuhkan kestabilan ekonomi keluarga saya iaitu hanya MELALUI PERNIAGAAN... 
Setelah menghabiskan ribuan ringgit kos ubat-ubatan dari Hospital Pakar swasta, dengan izin Allah saya telah diketemukan dengan susu Alphalipid Lifeline ini. Memang sukar dipercayai hanya baru separuh tin dihabiskan setakat ini (22hb. Jun 2008) ianya sudah menampakkan hasil yang positif. Pada mulanya saya memang memandang rendah dan agak skeptikal pada produk ini kerana pada pandangan saya, "Apa ada pada sekadar susu ? Mengarut !"
Ceritanya begini...
"Ditakdirkan pada 24hb Mei 2008, saya telah balik ke kampung untuk menghantar keluarga sempena cuti sekolah 2 minggu. Dirumah ibu (penghidap kencing manis), saya terlihat satu tin putih yang ganjil diatas almari dapurnya. Saya memandang agak sinis dengan produk ganjil dan 'mengarut' yang diminum oleh ibu saya sebelum mengetahui tahap kencing manis beliau telah jauh berkurangan kini. Sila lihat testimoni ibu saya. Saya mencuba secawan sekadar hanya untuk mengambil hatinya. Emm..Sedap juga !!
Petang tu, saya pulang ke rumah keluarga mertua saya 13 km dari situ. Saya perhatikan diatas almari dapurnya juga terdapat tin putih yang sama. Bapa mertua saya ( 63 tahun ) adalah penghidap gout yang teruk hingga ke tahap hanya boleh menghisut dilantai dengan kakinya yang sentiasa berair. Hampir tidak percaya, saya lihat beliau telah mampu berjalan seperti biasa seolah-olah tidak pernah kena sakit gout sebelumnya. Sila lihat testimoni beliau. Beliau mengakui telah meminum susu Alpha Lipid sejak 2 bulan lepas. Pandangan sinis saya terhadap 'tin putih yang ganjil' itu mula berubah dan mula beralih kepada rasa takjub seterusnya terbit pula rasa ingin tahu yang mendalam. Pulang ke Kuala Lumpur, saya mula menyelongkar laman web tentang susu Alpha Lipid dan mula menghubungi saudara Wan Hamidi ( pakar farmasi ) - selaku antara perintis perniagaan ini di Malaysia."
Seterusnya lahirlah laman web ini iaitu www.susu.my atau SusuDotMy bagi menterjemahkan rasa takjub saya kepada produk ini (dengan izin Allah) dengan niat agar usaha saya untuk meleraikan penderitaan penyakit yang dideritai oleh tuan-puan akan turut juga berhasil. Saya jamin, dengan izin Allah jua ikhtiar ini akan berhasil dan menjadi..!! Alhamdulillah syukur kehadhrat ilahi kerana pada suku pertama 2009, laman web SusuDotMy yang baru berusia 10 bulan telah menduduki tangga atau 'ranking' ke 1.422 juta dunia dan meningkat ranking ke 6.8 ribu dalam Malaysia dengan 17 peratus pelawat adalah dari luar Malaysia mengikut analisa skala Alexa. Purata pelawat sehari pula ialah antara 600 hingga 900 orang. Kini kedudukan masih sedang meningkat naik ...syukur alhamdulillah berkat doa ibu saya ... Ruzlan Ab. Rahman ( 010 - 201 2001 ) |