| Apakah itu Kolostrum ? |
|
|
|
|
Kolostrum dan Kebaikannya ? Kolostrum adalah makanan pertama anugerah Allah kepada setiap anak mamalia apabila ianya dilahirkan ke dunia. Ianya merupakan cairan yang amat kaya dengan nutrien sebaik sahaja ibu mamalia melahirkan anaknya dan sebelum ibunya menghasilkan susu yang normal. Ianya ternyata adalah makanan dan diet pelengkap yang sempurna dalam meneruskan kesinambungan hidup kepada makhluk mamalia. Hanya baru-baru ini, ditemui bahawa kolostrum dari lembu tenusu didapati dapat memberi manafaat kesihatan kepada umat manusia dalam pelbagai cara. Kolostrum telah terbukti mampu memusnahkan virus, bakteria, kulat dan parasit didalam perut dan usus. Tahukah anda, penyakit yang dihidapi setiap manusia adalah berpunca daripada diri sendiri yakni USUS. Berpunca dari cara pengambilan makanan dan cara memanfaatkan tenaga yang terhasil dari pemakanan itu sendiri. Hampir 80% punca jangkitan adalah bermula dari sistem pencernaan. Jadi,kunci kepada faktor pencegahan untuk kesihatan yang baik seharusnya bermula dari perut dan usus iaitu dengan mengambil kolostrum setiap hari. Kenapa setiap orang mendapat sakit ? Anda secara umumnya terdedah kepada jutaan serangan mikrob seperti virus, bakteria, yist, parasit yang sentiasa mencari peluang untuk berkembang biak dan menguasai badan anda. Satu-satunya cara untuk membendungnya hanyalah dengan memperkasakan sistem imun anda iaitu melalui pengambilan kolostrum.Kolostrum terbukti sebagai 'Penyembuh Semulajadi yang Ajaib' mengikut doktor perubatan terkemuka - Donald Henderson. Penyelidikan Perubatan membuktikan bahawa kolostrum adalah nutrien pelengkap yang dapat membantu dalam penyembuhan dan pencegahan sesuatu penyakit. Apa perlunya sebagai manusia dewasa untuk mengambil kolostrum ? Penyelidikan telah membuktikan bahawa apabila seseorang itu telah melewati tahap dewasa, badan kita beransur-ansur menghasilkan kurang imun yang berfungsi menolong badan menentang penyakit dan membaik pulih tisu badan yang rosak. Dengan terjejasnya elemen penting ini, badan kita akan menjadi tua, uzur dan seterusnya mati. Faktor ini juga dipengaruhi oleh unsur persekitaran hari ini seperti pendedahan kepada toksik dari udara yang kita sedut, makanan yang kita makan dan tempat yang kita tinggal sedangkan semakin hari keperluan nutrien badan kita kian berkurangan atau hilang. Apakah yang Alpha Lipid tawarkan dari produk kolostrum mereka ? Terlampau banyak untuk disenaraikan disini. New Image New Zealand memang terkenal dalam penghasilan kolostrum dari Gred Tertinggi Dunia, iaitu GRED 10. Mereka telah menambah salutan yang unik ( ALPHA LIPID ) yang diperbuat dari tambahan lipid kompleks yang menjadikanya kolostrum paling berkesan terdapat di dunia. Anti-oksidan yang luar biasa - Kolostrum keluaran New Image begitu kaya dengan Glutathione, iaitu anti-oksidan yang amat ampuh. Anti oksidan memainkan peranan dalam pencegahan penyakit, dengan mencari dan memungut radikal bebas penyebab penyakit serta membaik pulih otot dan tisu yang rosak dan keradangan.
|